LOOK.LOVE.FEEL

with love...how to order??

Saturday, February 12, 2011

GOOD NEWSSSSSSS

HYE ALL, NOW YOU CAN ORDER YOUR KURTIS , BLOUSE OR BAJU KURUNG BY CHOOSING THE FABRICS GIVEN.IT CAN BE SPECIALLY CUSTOM MADE FOR YOU..
HERE ARE SOME OF THE SAMPLES FOR THE ENGLISH COTTON MATERIALS.


KHUPUKUPHU FOR WHI


AZIZAH ARIFIN AND IRIN PUTERI IN KUPHUKUPHU KURTIS

MINTAK MAAF TAK TAHU KENAPA GAMBAR NI TAK BOLEH ROTATE

JUMP SUIT SKIRT

HYE SEMUA..


DENGAN MENGGUNAKAN FABRIK YANG LEBIH ELASTIK, BUAT PENGGEMAR FESYEN.KHUPUKUPHU HADIR DENGAN SATU LAGI REKAAN "JUMPSUIT SKIRT YANG SESUAI UMTUK DIGAYAKAN OLEH MEREKA YANG BERTUDUNG MAHUPUN TIDAK.
GAYA HOODIE YANG TRENDY, DENGAN POTONGAN SERONG PADA PERINCIAN KAIN, MENJADIKAN PEMAKAINYA NAMPAK LEBIH LANGSING DAN MENAWAN.

DATANG DALAM SAIZ XS, S, M DAN L
HARGA - RM 129
WARNA HITAM.

Perjalanan.......

 " A journey"...satu  perjalanan ...


Setiap hari dari saat kita membuka mata hinggalah ke detik terakhir sebelum kita melelapkan mata untuk tidur, terlalu banyak perkara yang pasti kita fikirkan.Dari perihal peribadi, insan yang yang rapat, keluarga, pekerjaan dan sebagainya.

Sebagai insan biasa, adakalanya kita terlupa tentang mcm2 perkara yang pernah kita lalui dan alami.Saat suka dan duka, susah dan senang serta mcm2 perkara lagi.

Ada yang satu ketika dahulu susah, kini senang dah lupa akan asal usulnya.Lupa kan keluarga, lupa jasa ibu dan bapa.Ada pula yang satu ketika dahulu, sewaktu saya kenali sangat senang hidupnya, tetapi kita kembali mendaki mencari semula kekayaan yang telah ditarik kemabli.HIDUP.... kan pasti ada pasang surutnya.Segalanya terpulang bagaimana caranya untuk kita mengemudi 'PERJALNAN' itu.

Teringat akan cerita seorang rakan yang sering mengadu tentang nasibnya.Mendengar ceria dia bercerita bagaimana bahagianya dirinya di temukan dengan suami yang cukup mencintainya dan mempunyai keluarga bahagia, Dengan seorang cahaya mata.Rezeki baginya alhamdulillah.

Selesai si polan bercerita, seoang lagi rakan menagisi nasib diri bercerita  tentang betapa sibuk suaminya bekerja sehinggakan dia terpaksa bekorban pelbagai perkara demi keluarga.Meskiipun di limpahi harta....Tiada  bahagia, akhirnya berpisah jua.

Ada pula rakan yang mungkin tidak sekaya rakan yang lain, hidup sederhana, tetapi bahgai dengan keluarga kaya dengan cinta dan kasih sayang.

Pelbagai cerita dengan pengalaman dan kisah hidup "orang lain" yang berpeluang saya dengari dan jadikan ikhtibar.Membuatkan saya berfikir dan melihat pada diri saya sendiri.Kadang- kadang terlalu banyak perkara yang saya fikir dan pertikaikan dengan diri sendiri, hinggakan adakalanya saya rasa  agak terlalu emosi dan keterlaluan.Nauzubillah....saya sepatutnya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini.Hidup ini satu perjalanan yang panjang, ada pasang surutnya......

Yang pasti, dalam hidup ni, Ada hari kita di atas, ada hari kita di bawah, ada hari kita ketawa, ada hari kita berduka...ada hari kita senang dan ada harinya kita akan susah.Pernah tak anda merungut tentang hidup??mesti adakan??kan??kan?? contohnya "erghh penatttnya keje arini!!" atau, "huhhhh!!! malsnya nak masak!!!! atau "hurmmm bilalah nak kaya ni...???" ahahhahahhahah dan mcm2 lagi kan..semua ni lumrah kita sebagai manusia yang tak sempurna sekadar  ingin mengeluh tentang hidup.

Mendengar keluhan dan melihat pelbagai ragam , masalah dan perkara yang berlaku di depan mata menjadikan saya rasanya lebih matang dan bersyukur untuk meneruskan "journey" yang telah di berikan oleh ALLAH SWT ini.Bersyukur di kurniakan suami , keluarga,mertua, rakan-rakan dan followers yang sentiasa menggembirakan hidup saya.Bersyukur atas segala nikmat, rezeki, kemasyuran, kasih sayang, bakat ,dan segala2nya yang telah diberikan olehNYA.

Hidup dalam kesederhanaan adalah lebih baik dari hidup dalam dunia mimpi yang penuh khayalan.Kerna mimpi bisa memberikan kita satu cerita yang indah hari ini. Tetapi dalam s sekelip mata ia mampu mengubah mimpi indah itu menjadi satu mimpi yang ngeri.

Semoga dijauhkan segala sifat yang tidak baik dalam diri saya, dan semoga apa yang telah berlaku yang di lihat depan mata beberapa minggu kebelakangan ini, di jauhkan dari diri saya dan keluarga.Hargai setiap insan yang anda sayangi, Peliharalah "perjalanan" yang diberikan ini sebaik mungkin selagi kita masih benafas...

Perjalanan yang hanya akan terhenti di saat kita menutup mata nanti....

KHUPUKUPHU IN METRO AHAD.

Dear all,thank you for all your support.Really appreciate it!!!


I hope it is not to late for me to post this.Terlalu sibuk dengan jadual kerja yang tak menentu.
Special thanks to mummy nazira, Hiadayah and kak sue from metro, and kepada anda semua yang sngat2 baik hati menyokong saya..I LOVE U MUCCCHYY MUCHHHH!!!!!!! hahahah..and not forgetting my model ain.

Kepada anda yang banyak menghantar email dan menelefon saya..Insyaallah semuanya akan di jawab dengan secepat mungkin insyaallah.

Maafkan saya kerana ada beberapa masalah teknikal 2 minggu ini yang menyebabkan banyak perkara tergendala.


Bagi anda yang tinggal berhampiran kawasan kuala lumpur, shah alam ataupun klang, we can always meet up somewhere untuk coffee2 sambil membuat delivery baju.


Terima kasih daun keladi dan maaf sekali lagi atas segala kesulitan dan kelewatan yang berlaku.

Here are some pictures for you..

                                                  "PAPER CUTTING ON METRO AHAD"
BEHIND THE SCENE.....WEEHOOOO

                                         'Kak sue, fizasabjahan,ain,hidayah,halisajahan"