LOOK.LOVE.FEEL

with love...how to order??

Saturday, January 22, 2011

cepatnya masa berlalu

HOLLAA...



hurm..cepatnya masa berlalu, sedar tak sedar dah masuk 20 hari bulan januari.Macam macam perkara yang terus dilalui meskipun tahun dan hari silih beganti.Hurmmmm itulah yang dinamakan hidup.Kerja di pejabat seperti biasa tiada bezanya.saban hari makin banyak kerja..huhuhu..but im enjoying it so much, what im doing right now.

setiap hari, bangun dari tidur, saya sentiasa  bersyukur di kurniakan  suami disisi, keluarga + keluarga mertua yang penyayang serta rakan2 sekolah + rakan2 di pejabat yang sentiasa menyokong saya .Walaupun ada ketikanya sebagai manusia pasti kita tidak akan pernah terlepas dari kesilapn walaupun bersama orang yang kita sayangi, maklumlah sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama manusia.Justeru sentiasa memaafkan dan meminta maaf andai rasa kita pernah menyinggung perasaan orang lain.Kerna kadang- kadang dalam kita begurau senda, atau berbual mesra ada org yang tersalah sangka, dan boleh menimbulkan prasangka kan???betul x?? timbul lah rasa tidak puas hati dan sebagainya.Tetapi atas rasa kasih dan sayang kepada sesebuah persahabatan itu, tak salah rasanya jika kita saling berbuat demikian kan??kan??kan??hahhaha..

Ok lah..mcm tu juga lah dengan tugas sebagai hos tv...Adakalanya, seringkali penonton tersalah interpretasi terhadap apa yang dicakap atau tentang topik perbualan yang di bincangkan.Lagi2 kalau sesetengah penonton yang mendngar perbualan ditengah2 yang tidak tahu atau mengikutinya sejak dari awal.Macam2 yang sering disalah tafsirkan.Terlalu subjektif untuk di bincangkan tetapi kami tetap cuba membuat yang terbaik untuk menjaga sensitiviti semua pihak.

pakaian oh pakaian...

bercakap tentang pakaian..hurmm spenonton selalu akan memberi komen tentang pakaian yang dipakai oleh setiap..hurmmmm..terima kasih di atas segala komen anda itu..tetapi..tidak kiralah apa jua program yang di hoskan oleh setiap pengacara, m3, nona, mhi, whi etc..semua baju2 itu telah disediakan oleh pihak yang bertanggungjawab..HURRRMM dan kadang2 bukan senang nak dapat baju tajaan dik non..jadi kami pun x blh nak terlalu cerewet dan melampau, serta harus juga menghormati skop kerja orang lain.

hihihi..itulah dia rencah kehidupan.Jadi semakin hari semakin kita mengharungi setiap cabaran dan dugaan, semakin ia memtangkan diri kita.Semoga kita semua di rahmati ALLAH swt.amin.
sayang semua.


oklah..sampai di sini untuk kali ini, Gambar kali ini, gambar whi deepavali..see ya next post

LOOK.FEEL.LOVE

fizasabjahan.

No comments:

Post a Comment