khupukuphu

LOOK.LOVE.FEEL

with love...how to order??

Saturday, January 22, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah syukur kepada ALLAH yang memberikan segala nikmat dan limpah kurnia kepada kita semua.Member nafas agar kita hidup sehari lagi di muka bumi ini dan  di atas segala rezeki yang di curahkan.ALHAMDULILLAH sekali lagi.

Baru- baru ini, bertempat di MAYFAIR PAVILLION, berlangsung majlis bersama media secara kecil-kecilan sempena tahun kedua fiza memperbaharui kontrak bersama mereka.Walaupun secara tidak langsung, ini adalah kali ketiga fiza bekerjasama dengan pihak mayfair.Banyak susur galur yang perlu dilalui sebelum menjadi duta mayfair dan alhamdulillah diberikan kepercayaan untuk membawa jenama ini setahun lagi.

Mungkin ramai yang tidak percaya, tapi inilah hakikatnya.Mayfair banyak embantu fiza dalam mengembalikan semula keyakinan diri yang kurang bila berhadapan dengan kamera satu ketika dulu.Pada mulanya, fiza tak pernah percaya pada produk pelangsingan badan kerana kebanyakan model yang digunakan adalah supermodel yang sedia ada langsing.Tapi, bila pihak mayfair mengambil keputusan untuk membantu fiza menguruskan badan, fiza sahut pelawaan itu meskipun pada mulanya hati merasa ragu-ragu.Tetapi, bila bentuk badan mula menonjol, berat badan mula berkurangan, barulah keputusan di ambil untuk menandatangani kontrak yang diberikan.Bukan sahaja soal harga dan bayaran, tetapi sebagai duta sesuatu produk fz ingin setiap orang yakin dengan apa yang ingin cuba fiza sampaikan, jadi apa yang paling penting sekali, produk ini sememangnya berkesan dan memberikan banyak perubahan pada diri fiza.Ini semua boleh anda nilaikan sendiri.

Untuk tahun ni, masih ada banyak program yang harus dilaksana termasuk roadshow di seluruh malaysia dan siri promosi di kuala lumpur.Terima kasih mayfair kerana merealisasikan segala impian fz.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada jeffrey ibrahim di atas tajaan baju untuk acara sidang media mayfair tempoh hari.Such a beutifull dress.thank u so much dear!!
                                                                       




and guys here are some of the pics, yang diambil dari fanpage mayfair.

                                        
        

No comments:

Post a Comment